
Saya menerima sms dari Ir Ahmad mengajak saya dan kawan - kawan untuk berqiamullail di sebuah masjid utama di wilayah persekutuan kerana masjid tersebut telah menghebahkan kepada semua rakyat menggunakan corong radio bahawa mereka menganjurkan Qiam. Tanbpa ragu selepas waktu pejabat saya terus ke wilayah persekutuan dengan menggunakan kenderaan awam kerana kami telah berjanji berjumpa di masjid tersebut.
Setiba saya di masjid yang bersejarah nan indah bernastolgia itu saya terdengar imam yang mengimamkan solat (ya saya mengaku sampai lewat kerena berbuka di mall). Waaaah... sungguh merdu dan mempersona..!!! suaranya bukan main, tidak kalah kepada imam Sudais dari mekah, Imam tersebut mengikut Ir Ahamad berasal dari negeri padang pasir Mesir. Sungguh bertuah malam itu.
Selepas menikmati moreh, saya dan kawan - kawan, pun bersedia mencari port untuk memenuhi syarat qiamullail, telah saya terangkan tadi bukan?
Tiba - tiba datang seorang lelaki berbaju Melayu menghampiri kami seraya berkata " bang, kalau nak tidoq, abang boleh tidoq di tingkat bawah," sah ini adalah pengawal masjid ini berasal dari negara utara tanah air. Pelawan ini sangat baik kerana ruang solat tidak sesuai untuk tidur, maklumlah takut - takut ada yang mengeluarkan hasil mahsul pula nanti, di belakang ruang solat pula juga tidak sesuai kerena ia berlantaikan marmar, sejuknya bukan main, maka pelawaan tidur ditingkat bawah yang menempatkan ruang kuliah sangat rahmat.
Kami pun mengangkat barangan dan turun ke bawah, belum sempat melangkah masuk ke ruang kuliah kami dihampiri lagi oleh lelaki berbaju melayu, kali ini lelaki ini berbaju melayu berwarna hitam seraya berkata " Abang.. kami tak benarkan tidur di masjid ini, tapi kalau nak qiamullail sahaja kami benarkan....!!" lawak apakah ini?
Sungguh jahil pengwal masjid berbaju melayu hitam ini. tidakkah beliau faham apakah itu qiamullail??




